Kenapa???
Hingga saat ini…
hingga minit ini…
hingga jam ini..
kau terlalu memberi kesan dalam hidup aku
sehingga aku tangisi perpisahan ini..
perpisahan???
Perpisahan tanpa pertemuan mata
pertemuan yang tak pernah kita rancang,
pertemuan ini yang meninggalkan hirisan-hirisan halus yang menimbun dalam hati
sungguhpun kita tidak pernah bersua..
namun tahu kah kau hati ku???
Hati yang kau curi dan biarkan kering dipusara kenangan??
Seindah namamu..
kau cipta saat-saat yang mampu
Membunuhku dengan perasaan..
Perasaan yang kau sakiti..
Perasaan yang kau cuit..
Biarpun perit…tapi manis..
Terima kasih kerna kau memberiku manisan kenangan rasa ini
Untuk aku rasa,untuk aku simpan,untuk aku kenang…
Kau benar-benar mengajar aku erti sebuah rasa…rasa…
mengenai….manisnya PERKENALAN…
Sungguh..
Benar,
Ini belum pernah aku rasa….
Kau
Buat aku rasa seperti di awangan
Buat aku rasa seperti bernafas dalam laut setiap saat
Buat aku rasa betapa besarnya hati ini ketika bersamamu
Kau jua mengajar aku
Bahawa, cinta tak semestinya bersama
Cukup sekadar berdiri dari jauh dan melihat kau bahagia
Membuat aku melonjak naik ke bulan…









Tiada ulasan:
Catat Ulasan