miss nuerull osman ;
sehingga pelayaran yang hari ini
sehingga perjalanan hari ini
aku semakin lupa bahawa
aku jua mempunyai harta kecil
untuk diambil kira dan harus dijaga.
ya dan semakin aku sedari
bahawa aku harus lebih arif dan perihatin dalam hal-hal
yang berkaitan harta kecil itu
jua
untuk langkah berjaga-jaga,
aku perlukan TUHANKU,Ya Allah.
minta dikuatkan dalam segala hal yang berkaitan soal
harta kecil ini
kerna,
aku sendiri sukar menentukan
bilakah ianya sakit,
bilakah ianya akan sihat
bilakah ianya memerlukan perhatian
bilakah ianya akan faham,
bilakah ianya akan mengerti
bahawa jalan-jalan dan liku liku kehidupan yang masih banyak perlu aku tempuh?????
keperitan yang di ajarkan
teramat pahit untuk dilupakan
teramat manis untuk dikenang
berada di pandangan ini
berkongsi rasa bersama
langit biru,
kicau burung
dan hangatnya angin sepi ini,
membuatkan aku berdiri tenang
unutk memikirkan keperitan ini
yang sememangnya dan sebetulnya
memerlukan kesabaran supaya berada di tahap maksimum
yang terindah
yang temanis
dan untuk semua yang pernah dialami bersama
yang telah menjadi serpihan maruah dan kenangan
yang aku sedang cuba untuk jejak satu persatu serpihannya
agar aku mampu menyelesaikan sebuah teka teki
yang sering berpinar di otakku.....
jika benar pencarian ini,
aku cuma perlu bersedia sekental yang termampu olehku untuk mengharungi
pukulan ombak PEDIH ini....









Tiada ulasan:
Catat Ulasan