...

NuEruLL ~AjA2! FiGhTiNg~~~~

25 Februari 2010

aku hampir maut...

aku hampir maut
seriouse kalau ayah x pam angin tayar kereta tentu kami juga terlibat
aku tiba ditempat kejadian kira jam 1 lebih [pg]
ada lori trela kot..melintang disebelah kiri aku
ada kereta yg masih berasap...kereta picanto naza tu
melintang sebelah kanan aku
dari dalam kereta aku hanya nampak 1 mangsa sahaja...
aku menjerit agar minta ayah berhentikan kereta ..

ntah kenapa hati aku terpanggil untuk melihat isi didalam kereta itu..
ayah pun memberhentikan kereta di bahu jalan sambil memasang lampu kecemasan..
ayah terkejut melihat aku berlari turun dari kereta ke tempat kemalangan berlaku..
lalu dia menjerkah pada aku 'jgn pergi,duduk dalam kereta,nnt xbleh tido"
aku toleh memandang muka ayah...tapi..lepas tu aku terus lari ke kereta kemalangan tu
tak jauh sangat mungkin dalam 5 m dari kereta ayah..
akulah perempuan pertama dan orang kedua pergi ke kereta mangsa

rupa2nya aku salah..masih ada dua mangsa dalam kereta tu..
astagrfirullahalazim....sayu hati aku.."semuanya meninggal ke?"
tertanya aku di dalam hati
badan driver terbaring hingga ke seat belakang,penumpang belakang[dipercayai ibunya]
masuk ke bawah seat dan kelihatan tersepit
penumpang sebelah driver[perempuan(isteri @ adik beradik kepada driver)]
tersepih dengan pintu dan
dashboard yang mengepit kaki kanannya..

tapi tiba2,aku tengok kepalanya[penumpang sebelah driver]bergerak dan sedikit mengerang..ketika itu hanya ada aku dan faiz[pelajar uiam,dan mungkin orang
pertama menghampiri kereta kemalangan itu]
lalu aku menjerit "kakak ini masih hidup...panggil ambulance!!!
mama..kakak ni masih hidup..!!!" hati aku xkeruan mcm mana aku nak tolong dye??
hanya mampu aku katakan "mengucap akak" bertalu talu aku berkata..
lalu setelah mendengar suara aku...ramai datang berkumpul cuba untuk
menyelamatkan kakak tu..

tiba2 lalu lintas menjadi jam...
ramai yang turun untuk membantu...
alhamdulillah..setelah sekian lama beperang dengan kudrat kaum adam dan besi2 tersebut kakak itu selamat dikeluarkan tanpa bantuan dari
bomba,ambulance,atau pihak polis...dan masih bernafas
kakak itu dipangku oleh faiz...
faiz cuba memujuknya agar tidak pejam mata atau berhenti bernafas atau selawat...atau mengucap
saat itu hadir suara kaum adam,mengucapkan nama allah dan nabi muhammad
saat itu menjadi sebak...seketika kakak itu seperti
tidak memberi respon kepada faiz,lantau aku terkejut dan memandang faiz,"cube tengok pernafasannya" dan faiz kata "masih bernafas"
tetapi aku lihat pernafasannya perlahan..
ketike aku berdiri tidak jauh dari faiz..

saat itu ambulance masih tidak sampai,
hanya pihak bomba yang ada itupun setelah kakak itu berjaya dikeluarkan
dari kereta,setelah menunggu beberapa ketika,ambulance sampai..
aku lihat paramedic memasang alat untuk menampung leher yang patah,
kaki kanannya tidak boleh lurus,mungkin patan barangkali..juga dipasang alat tertentu..dan setelah sepuluh minit beliau telah
dimasukkan ke dalam ambulance..tamat cerita kakak,cerita dua
jenazah dikeluarkan dari kereta..dan kereta dialihkan ketepi bagi melancarkan perjalanan
setelah itu baru aku tahu cerita sebenar...aku xmungkin paparkan...
nnt menganggu siasatan pihak polis..
cukup aku kongsikan pengalama aku pg tadi
benar2 mengajar aku erti keinsafan..

kenapa hati aku memberontak untuk melihat tempat kemalangan??..
kenapa allah beri aku peluang untuk saksikan kaadaan ini?
kenapa aku yang pertama menyedari kakak itu masih hidup?
kenapa aku yang menjumpai cara untuk menghubungi keluarga mangsa??

bagaikan allah memberi aku peluang untuk berubah..
dan kembali mengenali asal usul kita sebagai hambaNYA

dan aku bersyurkur kerana salah satu permintaan aku allah kabulkan
~~aku berada di situasi dimana kemalangan ini hampir
serupa dengan kemalangan arwah abang aku dulu
cuma arwah abang aku sediri dan kemalangan ini 3 penumpang..
kini aku rasakan kesakitan arwah abang dan aku rasa aku
semakin rapat dengan abang aku..

terima kasih allah!!! hanya cinta yang suci untukmu!!!




kemalangan ini berlaku 25 february 2010
kemalangan arwah abang aku pada 4 desember 2003~

aku ada gambar tapi xclear...almaklum r...
enset muroh..









lori tue..tengok betol2..memang r x nmpk sgt..



kalo tau n nmpk mesti tau mene tempat kejadian nie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan