...

NuEruLL ~AjA2! FiGhTiNg~~~~

22 Februari 2010

Di Hari Lahir Seorang Insan Yang Bergelar PAPA

Di hari lahirmu ini,

Inginku memohon ampun di atas segala,
kesilapan,kekurangan, dan kekasaran diriku yang daif,
menyebabkan dirimu tersinggung,terluka,terasa hati barangkali..

Bukan niatku untuk menyelam jiwamu,
hingga membuatmu derita,
kasih sayang yang utuh sekian lama,
bergoncang kerna perpisahan yang ditetapkan dari azali,
perpisahan dirimu dan mamaku,
membuatku derita mencari kasih sayangmu yang seakan – akan hilang,
aku juga tahu bukan aku sahaja yang merana, banyak hati yang melara,
mencari – cari kasih sayangmu,yang tiada nilai

ketahuilah dirimu bahawa anak – anakmu ini,
ingin sekali belaian kasih sayang mu,
ingin sekali didakap erat seperti kecil dulu,
ingin sekali dipujuk mesra dengan tawamu yang menyenangkan,
ingin sekali dibawa berkongsi rahasia mengenai kehidupan yang kami lalui,
ingin sekali menyelam jiwamu yang duka untuk dirasa bersama,

Di hari lahirmu jua,

ku doakan agar ikatan kasih sayang ini berpanjangan hingga ke syurga,
tanamlah di jiwamu bahawa aku akan sentiasa bersamamu,
walau betapa besarnya halangan yang mendatang,

Lantas dengan itu,
Aku berjanji dengan izin tuhan, kamu bapaku,dirimu,dan hari tuamu,takkanku persiakan,
Aku berjanji dengan izin tuhan, dia ibuku,dirinya,dan hari tuanya, juga takkanku persiakan,
Maka itu,ku pinta padamu berkatilah segalanya,agar mudah,tenang, dan lancar perjalanannya nanti untuk aku berbakti padamu berdua…

ingin sekali ku melihat kau bahagia dunia akhirat,
bukan niatku untuk mendepa dada pada umum,
Cuma ku mahu dirimu tenang dimasa depan nanti

NUERULL IEMANNE

1 ulasan:

  1. birthday wish untuk papa...
    his birthday on 21 january
    belated actually

    BalasPadam